Friday 22 June 2012

SELOKA

Definisi seloka.

Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap,jumlah baris,sama ada mempunyai irama ataupun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.Menurut Kamus Dewan ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'Sloka'.Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Masyarakat Melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka.Seperti seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama termasuklah seloka Pak Kaduk,seloka Pak Pandir,dan seloka Emak Si Rendang.  

CIRI-CIRI SELOKA.
 
  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun ,syair atau perumpamaan.
  • Rangkap :Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
  • Perkataan :Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata :Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima :Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
 
FUNGSI SELOKA.

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
  • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.

CONTOH-CONTOH SELOKA.

Seloka Pak Kaduk.
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tersadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk. 


Seloka Cak Kun Cak.

Satu masa yang telah silam,
Tak dapat diambil kembali,
Melayu masyhur serata alam,
Hidup mewah gagah sekali,
Pahlawan kita nama terbilang,
Gerak semangat kerana bangsa,
Kelekaan jangan dikenang,
Lautan duka kelak dikenang,
Hampir tinggal sehelai benang,
Bencana sengaja dipinang,
Jika perhati bangsa dagang,
Kapak beliung ditangan memegang,
Kekayaan hendang diregang,
Akhirnya saudagar pangkat dijulang,
Disulami syair termasyhur,
Usahlah berdengkur kita bertafakur,
Yang mana khilaftegur menegur,
La...la...la...la...























Thursday 21 June 2012

SYAIR


Definisi Syair.

Syair ialah jenis puisi Melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi 4 baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud.Keempat-empat baris itu pula berirama yang sama.Syair sering membawa makna isi yang berhubung dengan kias ibarat,sindiran,nasihat,pengajaran,agama dan juga berasaskan sejarah atau dongeng.

CIRI-CIRI PANTUN.

Syair merupakan puisi terikat,sebaris rangkap mempunyai 4 baris,setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.Cerita dalam setiap baris dan juga dalam setiap rangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair.Perkataan dalam setiap sebaris tetap 4-5.Manakala bilangan sukukata dalam sebaris.Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a.

FUNGSI SYAIR.
  1. Sebagai hiburan : sesuai dengan sifatnya yang demikian maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti dalam pesta dan keramaian dipertandingankan atau dalam upacara-upacara adat.
  2. Adat menyampaikan pengajaran melalui cerita dan laguterutama dalam hal-hal yang menyentuh aspek pengajaran agama islam dari rukun iman,rukun solat,zakat puasa dan sebagainya.
  3. Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan kebudayaan masyarakat 
  • Ketika menyambut maulud.
  • Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-tarian tertentu seperti dabus dan boria.
  • Digunakan dalam adat perkahwinan.

CONTOH-CONTOH SYAIR.



Inilah suatu kalam dikarang,
Ayuhai tuan muda yang garang,
Kalam nan bukan sebarang-barang,
Tujuannya banyak bukan seorang.

Adapun akan di zaman ini,
Banyak kulihat tolan ikhwani,
Selama hidup sebelum fani,
Tidak mengingat Tuhan yang ghani.

Dunia dijangka kekal selama,
Berbuat dosa sangat ternama,
Mencari wang sangat utama,
Tidak menurut kata ulama.
 Ulama disangka bicara kosong,
Sebarang kata lalu disongsong,
Mencari wang berpesong-pesong,
Sangatlah suka berkata bohong.

JENIS-JENIS SYAIR.

Terdapat beberapa jenis-jenis syair iaitu:-
  • Syair romantis.
  • Syair sejarah.
  • Syair ibarat.
  • Syair keagamaan.



























































































































































Wednesday 20 June 2012

PANTUN

Definisi Pantun.

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakatmelayu yang tidak kira apa tujuannya.Pantun ini dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu.ia bertujuan memperintah lagi sesuatu ucapan.Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapt menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan.pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.

FUNGSI PANTUN.

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat , agama , nasihat , jenaka , budi dan teka-teki . Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri . Dalam masyarakat Melayu , pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu , dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran . Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah , tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai . Seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun . Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun . Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun , dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat . Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka . Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar . Sesungguhnya , Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi .


CIRI-CIRI PANTUN.
  • sebuah pantun yang wujud dalam satu rangkap dengan sempurna dari segi maknanya.
  • Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan juga bahagian maksud.
  • Pantun empat:baris pertama dan kedua merupakan pembayang.Manakala baris ketiga dan keempat juga merupakan maksud.
  • bagi pantun 2 kerat pula,baris pertama adalah pembayang manakal baris kedua adalah maksud.


JENIS-JENIS PANTUN

~ Pantun teka teki.
  • Pantun ini bertujuan untuk memberi teka teki ini dan jawapannya juga diberi sekali dalam pantun tersebut.
~ Pantun nasihat.
  • Pantun ini disampaikan melalui pantun jenis ini dan panduannya disampaikan dalam bahasa yang indah.
~ Pantun jenaka.
  • Pantun jenaka ini bertujuan untuk memberi sesuatu hiburan kepada masyarakat dan juga mempunyai unsur-unsur humor.
~ Pantun usik mengusik
  •  Pantun ini biasanya bertujuan untuk menimbulkan suasana ceria.Selalunya pantun ini ditujukan oleh teruna kepada si dara.




PANTUN 2 KERAT.


Tinggi rendah panjang lebar,
Pergi sekolah mesti balajar.

Pergi Taipingcuci foto,
Jom semua,kita tido?

Pergi Midvalley membeli baju,
Jangan suka bawa laju-laju.

Kanak-kanak bermain ombak,
kenapa awak nak kena tembak?

PANTUN 4 KERAT

Ayu Cik Bedah berkain batik,
Mata yang memendang tidaklah jemu,
Hati terkenang budi yang cantik,
Moga terbalas bila bertemu.

Terang bulan di malam sunyi,
Cahaya memancar ke pokok delima,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara dan ibubapa.

Tenung-tenung aku,
Paku masak lemak,
Siapa tenung aku,
Aku bilang sama emak.

PANTUN 6 KERAT.


Kuda liar berkeliling kota,
    Kota terbuat dari kayu,
        Tempat berkawal lasykar Feringgi,
Kami mendengar khabar berita,
    Bunga kembang sudah pun layu,
        Gugur ke bumi tak harum lagi.




Bila gelap pasang pelita,
    Namun hari masih cerah,
        Di luar masih terang cahaya,
Jika sudah begitu dipinta,
    Hutang dartah dibayar darah,
       Hutang nyawa, nyawa padahnya.


Elok ditanamkan padi,
    Selang dengan anak pisang,
        Biar nampak sebidang huma,
Penyayangkah orang di sini?
    Terima menumpang anak dagang,
        Mujur-mujur boleh diguna.


Rama-rama di surau gedang,
    Surat jatuh kebalik tabir,
        Pipit senandung makan padi,
Selama tuan di rantau orang,
    Ubat jauh penyakit hampir,
        Sakit ditanggung seorang diri.


PANTUN 8 KERAT.
Puas mandi naik ke pantai,
Pasang tali kain disidai,
Makan nasi bersayur bayam,
Bayam ditumis rencahnya lokan,
Di kedai kami duduk bersantai,
Pagi dibuang senja terabai,
Padi di tepuk di makan ayam,
Anak di rumah mati tak makan.


Pasir bulan perahu,
   Berlabuh tentang batu bara,
Bergalah-galah ke tepian,
   Ketika menghadapi muaranya,
Kasih tuan hambalah tahu,
   Ibarat orang menggenggam bara,
Terus hangat dilepaskan,
   Begitu tuan malah kiranya.


Korek perigi di tepi seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.


Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang,
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

PANTUN 10 KERAT.
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya,
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.


PANTUN 12 KERAT.
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasululah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

PANTUN BERKAIT.

Naik kereta ke Pulau Langkawi,
Membeli cawan tidak berpiring,
Semakin hari semakin sunyi,
Ke mana gerangan tuan menghilang?

Membeli cawan tidak berpiring,
Untuk hadiah di majlis tuan,
Ke mana gerangan tuan menghilang,
Merajukkah hati dengan gurauan?