Sunday 29 July 2012

LATIHAN SYAIR IKAN TERUBUK


FAKTA
IKAN TERUBUK
IKAN PUYU-PUYU
Asal :
Air masin , Siak,Riau
Air  tawar
Gelaran :
Raja/ Duli Baginda Seripada
Puteri Puyu-puyu
Pemerintah :
Kerajaan laut air masin
Kerajaan air tawar

Aspek estetika  :
FAKTA
   HIPERBOLA
Huraian :
Menyatakan sesuatu secara berlebihan
Contoh :
Pagi dan petang duduk bercinta, * hiperbola
Berendam dengan airnya mata,
Kalbunya tidak menderita,
Kerana mendengar khabar berita.
FAKTA
TERDIRI DARIPADA 4 BARIS SERANGKAP
Huraian :
 -Mempunyai 24 rangkap
-Setiap baris 4 rangkap
Contoh :
Mula dikarang ikan terubuk
Lalai memandang ikan di lubuk
Hati dan jantung bagai serbuk
Laksana kayu dimakan bubuk
FAKTA
TERDIRI DARIPADA 3-5 PATAH PERKATAAN
Huraian :
-mempunyai 3-5 patah perkataan dalam sebaris
Contoh :
Pagi dan petang duduk bercinta
Berendam dengan airnya mata
Kalbunya tidak menderita
Kerana mendengar khabar berita
FAKTA
TERDIRI DARIPADA 8-12 SUKU KATA
Huraian :
-mempunyai 8-12 suku kata dalam sebaris
Contoh :
Pari pun kembali menghadap baginda
Berdatang sembah lakunya syahda
Daulat tuanku duli Seripada
Tuan puteri sudah tiada
FAKTA
RIMA AKHIR TERDIRI DARIDADA (a-a-a-a),(a-b-a-b)
Huraian :
Mempunyai rima akhir (a-a-a-a) dan (a-b-a-b)
Contoh :
-rangkap 1 hingga 21 dan rangkap 24 (a-a-a-a)
-rangkap 22 dan 23 (a-b-a-b)

SELOKA PANDAI PAK PANDIR

Anak dipijak dagang dijunjung
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis badan tergadai!
Mendengar gelegak dagang,
Tak sedar bertelanjang;
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkok onak
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga yang menanggung..
Apa didengar gelagak dagang?
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram.
Kilat memancar hujan tak lalu..
Awak juga kecundangan....


  • puisi- berbentuk seloka
  • 1 rangkap
  • 17 baris
  • 3 hingga 5 perkataan dalam setiap baris
  • 7 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • seloka- berbentuk bebas
  • rima akhir bebas
  • mempunyai jeda(hentian seketika) dalam setiap baris
  • mempunyai nada sindiran
penegasan
  • sinkof(bahasa singkatan)-baris 5 dan 16  
          > perkataan( tak )
  • paradox(unsur bertentangan)-baris 1 dan 2
           > anak dipijak dagang dijinjing,
               kucing dibunuh tikus dibela
  • hiperbola(unsur melampau)-baris 4 dan 5
          > mendengar gelagat dagang,
                tak sedar bertelanjang
  • anafora(pengulangan awal ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( orang )
  • responsi(pengulangan pertengahan ayat)-baris 14 dan 15
           > perkataan( dia )
  • personafikasi(sifat manusia yng diberikan kepada alam)-baris 10
           > gunting makan di hujunng
  • peribahasa-baris 6 dan 7
             > mendengar guruh di langit,
                   air di tempayan dicurahkan

Nilai kemanusiaan 
  •   berbudi
  •   baik hati

Nilai kemasyarakatan
  • mementingkan orang luar
  • suka mendengar khabar angin
  • mudah terpedaya
  • mengabaikan keluarga
persoalan
  • Sikap mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri.
  •  Sikap tamak akan merugikan diri.
  • Sikap tidak mahu berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu perkara 
Tema : Sindiran terhadap sikap sesetengah manusia yang mudah mempercayai orang lain.

GURINDAM NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI



Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai (ke) tua.

> puisi- berbentuk gurindam
> 7 rangkap
> 2 baris dalam serangkap
> 4 hingga 5 perkataan dalam sebaris
> 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris
> jeda(hentian) di tengah
> mempunyai kesatuan idea
> rima akhir (a-a-a-a)
> gurindam berbentuk terikat

penegasan

Hiperbola

-       Rangkap 1 baris 1
-       Rangkap 6 baris 2
-       Rangkap 2 baris 1
Sinkop

-       Rangkap 5 baris 1
Metafora

-       Rangkap 6 baris 1
Inversi

-       Rangkap 7 baris 2
-       Rangkap 4 baris 1
-       Rangkap 4 baris 2
Anafora

-       Rangkap 1 ( Isteri-isteri)
Aliterasi

-       Pengulangan vocal ‘a’ sebanyak 5 kali dalam rangkap 1 baris 1
Asonansi

-       Pengulangan konsonen ‘t’ sebanyak 3 kali dalam rangkap 1 baris 1


Persoalan dari rangkap 1 hingga rangkap 7
Rangkap 1 : perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup
Rangkap 2 : perempuan yang beriman akan dimuliakan
Rangkap 3 : suami isteri harus ada sefahaman dalam hubungan untuk elak pergaduhan
Rangkap 4 : suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
Rangkap 5 : suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita
Rangkap 6 : peranan suami isteri
Rangkap 7 : persefahaman suami isteri sehingga ke-tua

Tema: peranan suami isteri dalam berumah tangga

Nilai Kemanusiaan:

-       Bekerjasama
-       Bertanggungjawab
-       Kasih sayang
-       Bertolak ansur
-       Keimanan
-       Hormat menghormati
-       Tolong menolong
-       Persefahaman

Saturday 28 July 2012

PANTUN NASIHAT


Tanam bunga di dalam pasu,
      Bunga melati bunga pandan;
 Jangan ikut hawa nafsu
      Kelak nanti binasa badan

Burung tiong terbang tinggi,
       Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
        Ke mana pergi dibenci orang.


  •  puisi - berbentuk pantun
  •  2 rangkap
  •  4 baris dalam serangkap
  •  4 hingga 5 perkataan dalam setiap baris
  •  8 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  •  pantun-berbentuk terikat
  •  rima akhir : a-b-a-b
penegasan : 

  • anafora - burung,burung
  • inversi - kemana pergi dibenci orang

PANTUN KASIH SAYANG


Dari mana pipit melayang,
       Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
      Dari mata turun ke hati

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan di hulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Dendam dahulu belum sembuh
.
  • puisi - berbentuk pantun
  • 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 perkataan dalam setiap baris
  • 8 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk terikat
  • rima akhir : a-b-a-b
kepentingan :
  • - dapat memberi pengajaran
  • - dapat memberi pendidikan
  • - dapat memupuk kasih sayang
nilai :
  • - kasih sayang 

PANTUN AGAMA


Banyak hari antara hari,
       Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi  antara nabi,
        Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak Ayam turun sepuluh,
          Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
           Minta ampun kepada Tuhan.


  • puisi - berbentuk pantun
  • 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 perkataan dalam setiap baris
  • 9 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk bebas
  • rima akhir : a-b-a-c, a-b-a-b
penegasan :
  • reptasi - nabi,hari
  • anafora - tidak,banyak
  • responsi - antara semulia
metafora :
  • - tidak semulia nabi muhammad
  • - minta ampun     
    : ( perkara yang tidak dapat / tidak boleh dilihat)

personafikasi :
  • - tidak semulia hari jumaat
tema :
  • - keagamaan