Saturday, 28 July 2012

PANTUN AGAMA


Banyak hari antara hari,
       Tidak semulia hari jumaat,
Banyak nabi  antara nabi,
        Tidak semulia Nabi Muhammad.

Anak Ayam turun sepuluh,
          Mati seekor tinggal sembilan,
Bangun pagi sembahyang subuh,
           Minta ampun kepada Tuhan.


  • puisi - berbentuk pantun
  • 2 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 perkataan dalam setiap baris
  • 9 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk bebas
  • rima akhir : a-b-a-c, a-b-a-b
penegasan :
  • reptasi - nabi,hari
  • anafora - tidak,banyak
  • responsi - antara semulia
metafora :
  • - tidak semulia nabi muhammad
  • - minta ampun     
    : ( perkara yang tidak dapat / tidak boleh dilihat)

personafikasi :
  • - tidak semulia hari jumaat
tema :
  • - keagamaan

PANTUN BUDI


Pisang emas dibawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
     Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
      Budi yang baik dikenang juga.

Tenang-tenang air dilaut
      Sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut,
      Budi yang baik rasa nak junjung.


  • puisi - berbentuk pantun
  • 3 rangkap
  • 4 baris dalam serangkap
  • 4 hingga 6 perkataan dalam setiap baris
  • 9 hingga 10 suku kata dalam setiap baris
  • pantun - berbentuk terikat
  • rima akhir : a-b-a-b
penegasan :
  • personafikasi - * sifat orang kepada alam*
  • > hutang budi dibawa mati.
  • > budi yang baik rasa nak junjung.
  • inversi - *kata songsang*
  • > hancur badan : badan hancur
  • > budi baik : baik budi
  • paradox - *unsur bertentangan*
  • > masak sebiji diatas peti

Tuesday, 24 July 2012

KAJIAN SYAIR IKAN TERUBUK

Latar belakang:

            Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.

            Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.

            Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.
            Secara politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau dan negeri-negeri agraris lainnya.

            SYAIR IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU,  syair kiasan atau alegori yang mengisahkan percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d. Wall 242 di Jakarta.
2.0       Maksud Syair mengikut rangkap:
 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.
 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .
 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.
 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.
 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.
 Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.
 Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.
 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).
 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.
 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.
 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
 Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.
 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.
 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.
 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.
 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
 Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.
 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.
Sinopsis:
Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
            Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
            Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
            Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

Sunday, 15 July 2012

MANTERA

Definisi Mantera.

Mentera diambil daripada perkataan sanskrit "mantra" atau "manir" yang merujuk kepada kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Dalam masyarakat Melayu, mentera atau juga dikenali sebagai jampi, serapah, atau seru merupakan sejenis pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi unsur sihir dan bertujuan bagi menpengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi kenginan penuturnya. Antara lain, mentera merupakan ayat yang dibaca bagi melakukan sihir, iaitu melakukan sesuatu secara kebatinan, seperti menundukkan musuh, melemahkan musuh, atau memikat wanita.

Selain itu mentera dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar-biasa yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi.
Antara ciri-ciri mentera adalah ia berbentuk puisi, isi dan konsepnya melambangkan kepercayaan masyarakat masa itu, dicipta bagi satu tujuan tertentu.
Secara kebiasaannya, ia bersifat sihir simpati, iaitu sesuatu sifat disebut atau dikaitkan agar pembaca mentera tersebut dapat memiliki sifat yang sama. Sebagai contoh bacaan mentera, "....Aku bukan tepuk bantal, tetapi tepuk hatimu....." dan yang lain-lain yang seumpama dengannya.

Ciri-ciri umum sesuatu mentera biasanya adalah :-

1.Ia terdiri daripada beberapa rangka yan berirama.
2.Kandungannya mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib
3.Ia diamalkan dengan mempunyai matlamat tertentu.
4.Ia diwarisi daripada perguruan atau melalui cara ghaib seperti menurun atau mimpi.
5.Biasanya memerlukan pengamalnya yakin bersungguh-sungguh, dan sekiranya pengamalnya
6.berasa kurang keyakinan, ia akan menjadi tawar dan tidak berkesan.

Antara jenis mentera adalah:

Mentera pakaian diri
Mentera perubatan
Mentera pendinding
Mentera upacara tertentu
Mentera pembinasa bagi melakukan sesuatu perkara terhadap musuh.

Mentera dalam kepercayaan Melayu telah mengalami perubahan daripada kepercayaan anisma, kepada kepercayaan Hindu dan kemudiannya kepada kepercayaan Islam. Oleh itu tidak menghairankan bahawa terdapat istilah-istilah Islam yang digunakan dalam mentera yang menggantikan istilah Hindu pada awalnya. Salah satu contohnya adalah mentera pengasih seperti di bawah.

Bismi’Ilahi ’L-Rahmani’L-Rahim
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku tak menepuk bantal
Aku menepuk jasad dan roh (si anu)
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .........

TEROMBA

Definisi :
Merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. Adat yang dimaksudkan ialah adat Minangkabau yang mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial dan mengamalkannya.

Ciri Teromba : (Adat Tonggak Nilai)

Dari aspek bentuk
  1. Sejenis puisi berbentuk bebas atau puisi tidak terikat
  2. Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.
  3. Rima akhir teromba adalah tidak tetap
  4. Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris, contoh:
Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas
e. Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,

    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk

  1. Terdapat penggunaan jenis puisi Melayu tradisional yang lain seperti penggunaan peribahasa

  2. Contoh : Bulat air kerana pembetung
    Bulat manusia kerana muafakat Rangkap 5

    Hidup dikandung adat,
    Mati dikandung bumi, Rangkap 5

    Ciri dari segi isi :
    Isinya mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat yang melahirkan dan mengamalkannya.
Teknik penulisan :

Sejenis puisi berbentuk bebas atau tidak terikat
  1. Rangkap teromba :
    Mengandungi 7 rangkap.Jumlah baris serangkap tidak tetap iaitu rangkap 1 mengandungi14, rangkap dua 16 baris serangkap, rangkap 22 baris serangkap, rangkap empat 6 baris serangkap, rangkap lima 17 baris serangkap, rangkap enam7 baris serangkap dan rangkap tujuh 9 baris serangkap.

  2. Jumlah perkataan sebaris :
    Jumlah perkataan sebaris tidak seimbang iaitu di antara 1 hingga 6 patah perkataan sebaris
    Contoh,
    Rangkap 1, baris 1 ….. Tatkala
    Rangkap 2, baris 16 … Perempuan biasa berusahakan benang dan kapas /
  3. Jumlah suku kata sebaris :
    Jumlah suku kata sebaris juga tidak seimbang iaitu di antara 3 hingga
    Contoh,
    R1B1 Tat/ka/la 3 jumlah suku kata
    R2B16 Pe/rem/pu/an bia/sa ber/u/sa/ha/kan be/nang dan ka/pas 16 sk

  4. Maksud teromba
    Mengandungi adat dan peraturan serta norma-norma hidup masyarakat khususnya tentang undang-undang adat yang diamalkan dalam kehidupan sosial masyarakat Negeri Sembilan yang melahirkan dan mengamalkan Adat Perpatih. Oleh itu teromba yang ditulis merupakan susunan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi yang dikenali sebagai ‘puisi adat’.
Fungsi teromba
  1. Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.Dalam rangkap 2, menjelaskan keutamaan adat dan masyarakat mesti mengikut kebiasaan yang telah dijadikan peraturan setempat. Penghulu, ulama masing-masing dengan tugas mereka. Begitu juga dengan pahlawan, juara, saudagar dan kaum wanita.
  2. Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

Contoh teromba
Teromba Adat

Hidup dikandung adat,
Mati dikandung tanah.

Adat dipakai baru,
Kain dipakai usang.

Yang elok dipakai,
Yang buruk dibuang.

Lembaga berlikungan,
Undang kelintasan.

Duduk meraut ranjau,
Tegak meninjau jarah.

Ke darat Adat Pepatih,
Ke laut Adat Temenggung.

Ke laut berteromba,
Ke darat bersalasilah.

Adat bersendi hukum,
Hukum bersendi Kitab Allah.

TALIBUN

Definisi :

  • Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara.
  • Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas)
  • Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara

Ciri-ciri :


  1. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  2. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
  3. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut
  4. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  5. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.
 
Contoh talibun.
Keindahan dan Kemakmuran Negeri.


Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah.
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah.
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

GURINDAM

Definisi Gurindam.

Menurut Ismail Hamid (1989), istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun berasal daripada bahasa asing, tetapi dalam perkembangan puisi Melayu, gurindam yang berkembang dalam tradisi lisan Melayu mempunyai bentuknya yang tersendiri dan kelainan dengan gurindam dalam bahasa Sanskrit. Menurut Raja Ali Haji, “…adapun gurindam itu, iaitu perkataan yang bersajak akhir pasangannya, tetapi sempurna perkataannya dengan satu pasangannya sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi seperti jawab” (Sutan Takdir Alisjahbana, 1954)

            Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Raja Ali Haji, Sutan Takdir Alisjahbana (1954) menjelaskan pembentukan gurindam yang biasanya terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi dua baris yang bersajak. Tiap-tiap baris itu ialah sebuah kalimat, dan perhubungan antara dua buah kalimat itu biasanya ialah perhubungan antara anak kalimat dengan induk kalimat. Jumlah suku kata tiap-tiap baris itu tidak ditentukan. Demikian juga rimanya tiada tetap.

            Definisi yang diberi oleh Raja Ali Haji dan Sutan Takdir Alisjahbana ini hanya menyentuh bentuk sahaja. Menurut Za’ba (1962) gurindam merupakan puisi yang tidak mengandung sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas dan digubahkan dalam bahasa yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan hiburan.

            Sebelum itu, dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal III (1957), Za’ba pernah mengatakan bahawa, “gurindam dan seloka lebih kurang sama, iaitu satu jenis syair meleret yang tidak teratur, berangkap-rangkap dan tiada tetap sukatnya, timbangannya dan sajaknya. Maka, jika ada pun perbezaanya antara dua itu ialah pada keadaan isinya dan bahasanya sahaja iaitu:

a.        Gurindam bahasanya selalu padat dan bernas, dan isinya lebih cenderung kepada riang dan sukacita sebagai nyanyian, jenaka, senda gurau, kelakar, dan sindiran giat yang bermain-main dan menggeli-gelikan hati. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan boleh melengah-lengahkan masa dan menyuka-nyukakan hati.

b.        Seloka bahasanya kerap kali meleret dan lanjut, dan sindir giatnya selalu tajam dan bias seperti mengejek, dan selain daripada itu boleh juga isinya mengandungi perasaan-perasaan hiba-rawan, sedih-sayu, asyik-berahi, khayal, mimpi dan angan-angan. Yang demikian menunjukkan ada kesempatan pula boleh melengah-lengahkan masa dengan perkara-perkara seperti itu.

            Menurut Mohd. Taib Osman (1979), huraian Za’ba seperti di atas telah meluaskan lagi struktur gurindam dan seloka daripada yang diberikan oleh Sutan Takdir Alisjahbana ataupun Raja Ali Haji.

            Harun Mat Piah (1989), kemudiannya menjelaskan lagi definisi gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu sejenis puisi Melayu lama yang tidak tentu bentuknya sama ada terikat atau tidak. Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap dan mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris dengan rimanya a, a. Biasanya beberapa rangkap gurindam diperlukan untuk melengkapkan satu keseluruhan idea.

            Seperti seloka, gurindam bukanlah puisi yang lumrah digunakan oleh masyarakat Melayu. Bentuk ini lebih formal penggunaannya. Puisi ini mungkin digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Oleh itu, sangat sukar untuk mencari contoh gurindam kecuali yang wujud dalam bentuk tulisan iaitu “Gurindam Dua Belas” yang dihasilkan oleh Raja Ali Haji.

FUNGSI

Berdasarkan isinya, gurindam dapatlah dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan. Selain itu, gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancarkan kreativiti dan estetika serta daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka. Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama dalam majlis-majlis yang formal.

  
 JENIS GURINDAM
 Isinya mengandungi kias, ibarat,
pengajaran dan nasihat.Gurindam dibahagikan kepada tiga jenis: 
i.  Gurindam serangkap dua barisi.
ii. Gurindam serangkap empat barisi. 
iii.Gurindam bebas  

i. Gurindam serangkap duabaris -
 
  1. berbentuk asli 
  • Baris pertama menjadi buah fikirankepada buah fikiran seterusnyadalam baris kedua. 
  • Nasihat yang baik dan indahterbentuk daripada irama akhir sama.
 
  ii. Gurindam serangkap empat baris-
 2. Empat baris kalimat atau ayat-
  • Rima akhir seperti puisi pantun (abab)
 
 
Isinya tentang nasihat Contoh gurindamTiada siapa yang besar,Tiada siapa yang tinggi,Tetap sama sedasar,Tidaklah berbeza lagi.Jangan takut dan gentar,Mati hanya sekali,Jangan bertukar berkisar,Tetap di lapangan mengendali. 

iii. Gurindam bebas-
  • Bilangan baris ayat pada rangkap tidak terhad-
  • Persamaan akhir tidak dipentingkan-
  • Isinya tetap mempunyai nasihat
 
Contoh gurindam
 Tiada siapa yang besar,
 Tiada siapa yang tinggi,
 Tetap sama sedasar, 
Tidaklah berbeza lagi. 
Jangan takut dan gentar, 
Mati hanya sekali, 
Jangan bertukar berkisar,
 Tetap di lapangan mengendali.