Wednesday 20 June 2012

PANTUN

Definisi Pantun.

Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya di dalam masyarakatmelayu yang tidak kira apa tujuannya.Pantun ini dilahirkan untuk mewujudkan sesuatu maksud tertentu.ia bertujuan memperintah lagi sesuatu ucapan.Dalam konteks ini,pantun sangat sesuai dengan jiwa orang melayu kerana dapt menunjukkan keperibadian orang melayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan.pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa nusantara.

FUNGSI PANTUN.

Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat , agama , nasihat , jenaka , budi dan teka-teki . Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri . Dalam masyarakat Melayu , pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu , dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran . Penggunaan pantun dalam menyampaikan sindiran bertujuan agar yang kena sindir atau yang kena nasihat itu tidak marah , tetapi sebaliknya mempunyai azam untuk membaiki perbuatan dan perangai yang tidak disukai . Seseorang yang akan menyampai atau melafazkan pantun juga harus memerhatikan isi pantun . Keadaan pantun dilafaz menjadi pertimbangan dalam penyampaikan isi pantun . Jika hal ini tidak diberi perhatian oleh orang yang melafazkan pantun , dikhuatiri akan menimbulkan salah faham kepada pendengar terutama pantun yang berkaitan dengan sindiran dan nasihat . Begitu juga jika melafazkan pantun berkaitan dengan budi dan jenaka . Cara melafazkan pantun harus dijaga agar maksud atau tujuan sesuatu pantun itu dilafazkan sampai kepada pendengar . Sesungguhnya , Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi .


CIRI-CIRI PANTUN.
  • sebuah pantun yang wujud dalam satu rangkap dengan sempurna dari segi maknanya.
  • Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan juga bahagian maksud.
  • Pantun empat:baris pertama dan kedua merupakan pembayang.Manakala baris ketiga dan keempat juga merupakan maksud.
  • bagi pantun 2 kerat pula,baris pertama adalah pembayang manakal baris kedua adalah maksud.


JENIS-JENIS PANTUN

~ Pantun teka teki.
  • Pantun ini bertujuan untuk memberi teka teki ini dan jawapannya juga diberi sekali dalam pantun tersebut.
~ Pantun nasihat.
  • Pantun ini disampaikan melalui pantun jenis ini dan panduannya disampaikan dalam bahasa yang indah.
~ Pantun jenaka.
  • Pantun jenaka ini bertujuan untuk memberi sesuatu hiburan kepada masyarakat dan juga mempunyai unsur-unsur humor.
~ Pantun usik mengusik
  •  Pantun ini biasanya bertujuan untuk menimbulkan suasana ceria.Selalunya pantun ini ditujukan oleh teruna kepada si dara.




PANTUN 2 KERAT.


Tinggi rendah panjang lebar,
Pergi sekolah mesti balajar.

Pergi Taipingcuci foto,
Jom semua,kita tido?

Pergi Midvalley membeli baju,
Jangan suka bawa laju-laju.

Kanak-kanak bermain ombak,
kenapa awak nak kena tembak?

PANTUN 4 KERAT

Ayu Cik Bedah berkain batik,
Mata yang memendang tidaklah jemu,
Hati terkenang budi yang cantik,
Moga terbalas bila bertemu.

Terang bulan di malam sunyi,
Cahaya memancar ke pokok delima,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada saudara dan ibubapa.

Tenung-tenung aku,
Paku masak lemak,
Siapa tenung aku,
Aku bilang sama emak.

PANTUN 6 KERAT.


Kuda liar berkeliling kota,
    Kota terbuat dari kayu,
        Tempat berkawal lasykar Feringgi,
Kami mendengar khabar berita,
    Bunga kembang sudah pun layu,
        Gugur ke bumi tak harum lagi.




Bila gelap pasang pelita,
    Namun hari masih cerah,
        Di luar masih terang cahaya,
Jika sudah begitu dipinta,
    Hutang dartah dibayar darah,
       Hutang nyawa, nyawa padahnya.


Elok ditanamkan padi,
    Selang dengan anak pisang,
        Biar nampak sebidang huma,
Penyayangkah orang di sini?
    Terima menumpang anak dagang,
        Mujur-mujur boleh diguna.


Rama-rama di surau gedang,
    Surat jatuh kebalik tabir,
        Pipit senandung makan padi,
Selama tuan di rantau orang,
    Ubat jauh penyakit hampir,
        Sakit ditanggung seorang diri.


PANTUN 8 KERAT.
Puas mandi naik ke pantai,
Pasang tali kain disidai,
Makan nasi bersayur bayam,
Bayam ditumis rencahnya lokan,
Di kedai kami duduk bersantai,
Pagi dibuang senja terabai,
Padi di tepuk di makan ayam,
Anak di rumah mati tak makan.


Pasir bulan perahu,
   Berlabuh tentang batu bara,
Bergalah-galah ke tepian,
   Ketika menghadapi muaranya,
Kasih tuan hambalah tahu,
   Ibarat orang menggenggam bara,
Terus hangat dilepaskan,
   Begitu tuan malah kiranya.


Korek perigi di tepi seberang,
Tepi parit tumbuh mengkudu,
Berselang dengan pohon puding,
Hidup subur kanan dan kiri,
Tuan pergi dagang seorang,
Tiada saudara tempat mengadu,
Tiada saudara tempat berunding,
Pandai-pandailah membawa diri.


Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Berkejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang,
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

PANTUN 10 KERAT.
Baju dastar kesumba,
Seluar gunting petani,
Jahitan nyonya kampung Erah,
Di hilir pasar Kampung Melaka,
Singgah di rumah nahkodanya,
Batang emas dahan suasa,
Buahnya intan dengan padi,
Bunga diisap burung merak,
Pipit hendak hinggap di rantingnya,
Adakah boleh oleh yang punya.


PANTUN 12 KERAT.
Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari Judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar antara gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di Mekah di Madinah,
Naik akhirat batu haji,
Tegak berdiri Rasululah,
Kami yang jangan dilupakan,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

PANTUN BERKAIT.

Naik kereta ke Pulau Langkawi,
Membeli cawan tidak berpiring,
Semakin hari semakin sunyi,
Ke mana gerangan tuan menghilang?

Membeli cawan tidak berpiring,
Untuk hadiah di majlis tuan,
Ke mana gerangan tuan menghilang,
Merajukkah hati dengan gurauan?















No comments:

Post a Comment