Friday 22 June 2012

SELOKA

Definisi seloka.

Seloka ialah puisi tradisional melayu yang berbentuk bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap,jumlah baris,sama ada mempunyai irama ataupun tidak.Antara ciri seloka adalah mengejek,menyindir secara serius atau jenaka mahupun mengkritik tingkah laku dan sifat negatif seseorang ataupun sekelompok masyarakat.Menurut Kamus Dewan ke-4,seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran seperti sindiran mahupun jenaka.Kata seloka berasal dari bahasa sanskrit iaitu 'Sloka'.Seloka kebiasaannya ditulis dua atau empat baris dan terkadang seloka juga ditulis lebih dari empat baris.

Masyarakat Melayu mencipta seloka untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka.Seperti seloka Pak Kaduk diterjemahkan sebagai cerita yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri.

Antara contoh seloka yang terdapat dalam kesusteraan Melayu lama termasuklah seloka Pak Kaduk,seloka Pak Pandir,dan seloka Emak Si Rendang.  

CIRI-CIRI SELOKA.
 
  • Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
  • Tidak mempunyai pembayang.
  • Digubah sama ada mengikut bentuk pantun ,syair atau perumpamaan.
  • Rangkap :Bilangan baris dalam serangkap tidak tetap
  • Perkataan :Jumlah perkataan dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Sukukata :Jumlah sukukata dalam sebaris juga tidak tetap.
  • Rima :Rima akhirnya dalam serangkap juga tidak tetap.
 
FUNGSI SELOKA.

  • Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan.
  • Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran.
  • Sebagai pengajaran ataupun panduan bagi anggota masyarakat.
  • Seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial.
  • Untuk mencerminkan rasa tidak puas hati mereka terhadap seseorang yang digambarkan melalui seloka, seperti seloka Pak Kaduk, Lebai Malang.

CONTOH-CONTOH SELOKA.

Seloka Pak Kaduk.
Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tersadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk. 


Seloka Cak Kun Cak.

Satu masa yang telah silam,
Tak dapat diambil kembali,
Melayu masyhur serata alam,
Hidup mewah gagah sekali,
Pahlawan kita nama terbilang,
Gerak semangat kerana bangsa,
Kelekaan jangan dikenang,
Lautan duka kelak dikenang,
Hampir tinggal sehelai benang,
Bencana sengaja dipinang,
Jika perhati bangsa dagang,
Kapak beliung ditangan memegang,
Kekayaan hendang diregang,
Akhirnya saudagar pangkat dijulang,
Disulami syair termasyhur,
Usahlah berdengkur kita bertafakur,
Yang mana khilaftegur menegur,
La...la...la...la...























No comments:

Post a Comment