Sunday, 29 July 2012

GURINDAM NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI



Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai (ke) tua.

> puisi- berbentuk gurindam
> 7 rangkap
> 2 baris dalam serangkap
> 4 hingga 5 perkataan dalam sebaris
> 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris
> jeda(hentian) di tengah
> mempunyai kesatuan idea
> rima akhir (a-a-a-a)
> gurindam berbentuk terikat

penegasan

Hiperbola

-       Rangkap 1 baris 1
-       Rangkap 6 baris 2
-       Rangkap 2 baris 1
Sinkop

-       Rangkap 5 baris 1
Metafora

-       Rangkap 6 baris 1
Inversi

-       Rangkap 7 baris 2
-       Rangkap 4 baris 1
-       Rangkap 4 baris 2
Anafora

-       Rangkap 1 ( Isteri-isteri)
Aliterasi

-       Pengulangan vocal ‘a’ sebanyak 5 kali dalam rangkap 1 baris 1
Asonansi

-       Pengulangan konsonen ‘t’ sebanyak 3 kali dalam rangkap 1 baris 1


Persoalan dari rangkap 1 hingga rangkap 7
Rangkap 1 : perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup
Rangkap 2 : perempuan yang beriman akan dimuliakan
Rangkap 3 : suami isteri harus ada sefahaman dalam hubungan untuk elak pergaduhan
Rangkap 4 : suami menjadi tempat isteri bergantung hidup
Rangkap 5 : suami yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan isteri menderita
Rangkap 6 : peranan suami isteri
Rangkap 7 : persefahaman suami isteri sehingga ke-tua

Tema: peranan suami isteri dalam berumah tangga

Nilai Kemanusiaan:

-       Bekerjasama
-       Bertanggungjawab
-       Kasih sayang
-       Bertolak ansur
-       Keimanan
-       Hormat menghormati
-       Tolong menolong
-       Persefahaman

No comments:

Post a Comment

Post a Comment