Salah satu cerita lisan yang masih mentradisi di kalangan masyarakat Melayu Bengkalis, Riau adalah kisah ikan Terubuk. Kisah ini terabadikan dalam bentuk syair dengan 285 rangkaian bait yang lebih dikenal dengan Syair Ikan Terubuk. Rangkaian bait syair ini telah diterbitkan sekitar dua puluh versi, salah satunya ditulis oleh Ulul Azmi.
Rangkaian syair ini menceritakan perjuangan ikan Terubuk, salah satu jenis ikan yang menjadi pemimpin kerajaan laut dengan daerah kekuasaan meliputi beberapa selat, untuk mendapatkan putri nan cantik jelita bernama Puyu-Puyu dari kerajaan air tawar. Untuk mendapatkan putri Puyu-Puyu, ia pun mengerahkan bala pasukan yang dimilikinya untuk menerobos masuk ke kerajaan air tawar. Namun mujur tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak, pasukan Terubuk terjerat jaring nelayan.
Melalui buku ini, Ulul Azmi menunjukkan bahawa syair ikan Terubuk merupakan karya sastra sarat makna dan bernilai tinggi yang mempunyai pengaruh cukup signifikan terhadap kehidupan masyarakat Bengkalis, khususnya di laut muara sungai Siak, Riau. Di samping itu, Azmi juga menunjukkan bahwa karya sastra yang diciptakan pada abad ke-19 ini dibuat oleh seorang penyair yang memiliki pengetahuan luas mengenai kehidupan di dalam air, baik air asin maupun air tawar.
Secara
politik, rangkaian Syair Ikan Terubuk menggambarkan ambisi yang gagal dari
penguasa lautan, ikan Terubuk, untuk menguasai daerah pedalaman, putri
Puyu-Puyu. Jika ditarik pada konteks awal keberadaan syair tersebut, kita akan
mengetahui bahwa Syair Ikan Terubuk menceritakan ambisi dari negeri pantai di
wilayah Semenanjung Melayu, yang diwakili oleh Sultan Mahmud dari Melaka, untuk
menaklukan negeri-negeri di daerah pedalaman, seperti Pagarruyung, Minangkabau
dan negeri-negeri agraris lainnya.
SYAIR
IKAN TERUBUK DENGAN PUYU-PUYU, syair kiasan atau alegori yang mengisahkan
percintaan antara ikan. Menurut Overbeck, syair jenis ini biasanya mengandungi
sindiran terhadap peristiwa tertentu. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu
misalnya menyindir peristiwa peminangan seorang anak Melaka terhadap puteri
Siak yang tidak berhasil. Syair ini mungkin diilhami oleh pelanggaran Melaka
terhadap Siak. Syair Ikan Terubuk dengan Puyu-puyu ini berdasarkan naskhah v.d.
Wall 242 di Jakarta.
2.0 Maksud Syair mengikut rangkap:
Rangkap
1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan
bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran
Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan
malam kepada setiap umat Islam.
Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan
terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya)
kerana bersedih .
Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang
dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam
kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.
Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan
bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya
puteri yang cantik jelita.
Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk
yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk
sentiasa terkenangkannya.
Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri
puyu-puyu yang tinggal di dalam sebuah
kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta
bersopan-santun.
Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung
Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta
kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.
Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri
puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah
sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)
Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan
puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan
bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan
terubuk teringatkan tuan puteri.
Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang)
tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah
akan memakbulkan segala pemintaannya.
Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau
membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga
waktu dinihari(subuh).
Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan
puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon
untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.
Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah,
ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari
kayangan.
Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang
dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri
menyaksikannya timbullah rasa kagum.
Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan
banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila
sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.
Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan
puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri
sudah tidak kelihatan lagi.
Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh
memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit
bersama dengan bala tenteranya.
Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli
Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan
puteri puyu-puyu.
Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita
kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia
berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk.
Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.
Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita
tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata.
Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri,
tuan puteri telah menghilangkan diri.
Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan
luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah
sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .
Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih
kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa
dihadapinya.
Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi
rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.
Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat
asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk
mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di
dalam kalbunya.
Sinopsis:
Syair simbolik/kiasan ini menceritakan
tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air
masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu
yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang
digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu
yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
Namun
begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk,
menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan
Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada
tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu
berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir
sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri
puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan
hilang lenyap diudara.
Berita
kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah
disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah
dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila
mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri
puyu-puyu tidak kesampaian.
Ikan
terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala
usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk
akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa
kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
No comments:
Post a Comment