Sunday 15 July 2012

TALIBUN

Definisi :

  • Talibun ialah puisi berangkap tentang perincian sesuatu objek atau peristiwa, dan umumnya terdapat dalam genre lipur lara.
  • Sejenis puisi Melayu berbentuk bebas (ikatan puisi bebas)
  • Digunakan sebagai sisipan / selingan dalam cerita lipur lara

Ciri-ciri :


  1. Struktur talibun berbentuk bebas iaitu dalam serangkap talibun tidak mempunyai jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata yang seimbang. Talibun juga tidak mempunyai sistem rima tertentu.
  2. Dalam sesuatu untai talibun, mungkin terdapat sisipan daripada genre puisi yang lain seperti pantun, syair dan sebagainya, tetapi ternyata sisipan ini dianggap sebahagian daripada rangkap talibun.
  3. Fungsi dan kedudukan talibun adalah sebagai sisipan di dalam sesebuah cerita lipur lara. Fungsi talibun di dalam sesebuah cerita adalah sebagai pemerian kepada cerita berkenaan dan memperjelaskan perlukisan tersebut
  4. Isi atau tema sesebuah talibun berhubungan dengan pemerian yang dilukiskan di dalam sesebuah konteks. Misalnya untuk memerikan atau melukiskan keindahan sesebuah kota, kecantikan seseorang puteri atau kesaktian sejenis senjata dan unsur-unsur di dalam sesebuah cerita.
  5. Penggunaan bahasa perulangan menjadi lumrah dalam pembentukannya.Teknik perulangan ini bukan sahaja wujud dalam penggunaan gaya bahasa tetapi juga pengulangan seluruh puisi tersebut.
 
Contoh talibun.
Keindahan dan Kemakmuran Negeri.


Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah.
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung bandar rayanya bertuah.
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

2 comments:

  1. Situs Judi Slot Online Gacor & Casino Resmi
    JT-games adalah judi online yang 김포 출장안마 mempunyai 당진 출장샵 dalam 남양주 출장마사지 daftar akun 전라북도 출장안마 judi slot online terpercaya di Asia. Dengan bermain slot online 울산광역 출장샵 gacor terbaik serta

    ReplyDelete
  2. Woori Casino No Deposit Bonus 2021 | Free Play in Demo
    Woori Casino offers a variety of free spins and no poormansguidetocasinogambling.com deposit bonuses, as 바카라사이트 well as regular promotions. As https://octcasino.com/ you can't wooricasinos.info claim this offer without being registered https://febcasino.com/review/merit-casino/

    ReplyDelete